Doa:

Berdoalah. Akan ada keajaiban yang tidak akan disangka sangka. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya.

Panas Terik Sang Jumaat:

Panas terik. Bersolat dikawasan tepi masjid yang tersergam indah, bersujud kepada pencipta bersama hamba hambaNya yang soleh. Panas terik.

Tapi aku tenang. Alhamdulillah.

Sesungguhnya mereka-mereka yang enggan berdoa, maka mereka adalah manusia manusia yang sombong. Dan aku pun berdoa.

Aku tenang. Alhamdulillah. Aku berdoa untuk dia juga. Aku juga berharap dia tenang. Insya Allah.

Dia Melihat Kita:

Maha suci Dia.

Dikala pegangan ku mula goyah dan semakin lemah, Dia berbicara dengan ku dengan pesanan. Aku terkedu. Sememangnya Dia telah mendengar doa-doaku. Maha Suci Tuhan pencipta sekian alam.

SubhanaLLahu Walhamdulillah Walaailaaha Illallahu Wallahu Akbar. Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi Allah Dan Tiada Tihan Selain Allah dan Allah Maha Besar.

Berdiri Memandang Awan:

Berdiri memandang awan. Mendung, sepi dan terguris. Helaan nafas yang panjang menyambung siul merdu bagai talian kecapi yang terpetik.

Berdiri memandang awan. Doa doa sudah dipanjat. Bertangis lagu di sepertiga malam. Mencari secebis kegembiraan hati yang berduka.

Berdiri memandang awan. Samada doa itu disimpan untuk dunia, disimpan untuk disana atau terjauh kejahatan yang mencela, Tuhan tidak pernah meninggalkan hamba hambanya yang tidak sombong untuk berdoa.

Dikala aku sedang keliru dan keruan kerana terlalu merindui mu, Dia telah berbicara dengan ku, agar ada kesabaran. Bahawa sebenar benarnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Dan awan pun menangis.

Dari Langit:

Menunggu keajaiban. Sekiranya ia wujud.

Memandang Ke Langit:

Semalaman aku tak mampu lelap kerana terlalu merindui mu. Setiap saat setiap waktu mengingatkan aku detik detik bahagiaku sewaktu masih bersama mu. Setiap gerak geri mu ku perhati, ku pelajari dan ku amati dengan penuh asyik dan takjub, dan gerak geri itu juga yang sering berputar didalam minda ku dan ianya tidak mahu berhenti.

Terngiang ngiang ditelinga ku semalaman suara dengusan nafasmu setiap kali kau terkedu mendengar lafaz lafaz cinta dari bibirku. Aku benar benar merinduinya dan aku benar benar menyintai mu sepenuh hatiku. Apatah lagi gelak tawa bahagia yang kita kongsi bersama.

Aku baca akhbar akhbar melihat suasana politik malaysia yang bergolak, mengingatkan aku pada kita. Kita yang sering bertelingkah mengenainya akhirnya bercumbu mesra dalam cinta. Cinta kita memang gila na, cinta kita memang sempurna.

Lagu lagu yang ku dengar diradio, lagu lagu cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi itu bait bait liriknya semuanya mengingatkan aku tentang kita. Betapa lagu lagu untuk kita lirik liriknya bercerita tentang kita. Aku merinduimu setiap masa.

Betapa hatiku gundah dan gulana kerana tidak mendengar khabar berita darimu sayang. Sihatkah, baikkah atau bagaimana. Setiap hari aku tertanya tanya dan setiap hari aku berduka kerananya.

Setiap malam, ku sebut sebut namamu dalam doa dan dalam minda. Aku akan tetap menyintaimu dan aku tahu kau akan tetap menyintai ku.

Jika jodoh kita bukan disini, akan ku tunggu mu di taman firdausi.

Amin.

Sabar:

Sayang. Bersabarlah. Semoga ombak itu kan reda. Berdoalah.

Yang menyintaimu sepenuh hati.
Abang.

Maafkan aku:

Maafkan aku kerana aku terlalu menyintai mu.
Maafkan aku kerana aku terlalu menyayangi mu.
Maafkan aku kerana aku terlalu merindui mu.
Maafkan aku kerana aku tak mampu membendung mu.

Maafkan aku kerana setiap hari aku mendoakan agar kita kembali bersama.

Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku.

Selamanya Menyintai:

Sunyi. Sepi. Aku mahu bermimpi. Agar aku dan dia ketemu lagi. Aku tidak menyinta selain dia. Terlalu dalam kasih sayangku untuk dia. Hanya untuk dia. Kekasih. Teman. Sahabat. Oh Tuhan, amat aku menyintainya. Amat aku merinduinya.

Jika:

Jika takdir itu bisa diubah ubah, pasti kau kini lena didalam pelukan ku, tenang didalam dakapanku, bahagia disisi jiwaku, sebagaimana aku bahagia bersama mu. Aku amat menyintai mu dan akan selamanya menyintai mu tanpa henti sehingga akhir waktu.

Selepas Subuh:

Monolog #1

Aku ada ego. Ego ini adalah kesombongan yang tertanam didalam diri setiap manusia termasuk aku. Aku tidak pernah sombong pada sesiapa tetapi aku terkadang sombong bila bercinta. Manusia sememangnya begitu, kerana ego itu perlu, tanpanya manusia layu. Aku sering berdalih dengan ego kerana cinta itu lebih indah dari ego. Lalu aku nafikan egoku dengan berteriak pada nya, yang aku perlukan perhatian dari dia. Walau egoku berbisik "jangan jatuhkan air muka". Namun cinta itu lebih indah dari ego. Lalu aku nafikan egoku dengan berteriak, yang aku tidak mahu dia bahagia tanpa aku kerana aku tak mampu bahagia tanpa dia. Walau egoku berbisik "kamu menunjukkan kelemahanmu".

Ego itu kesombongan. Kesombongan yang berpaksikan kelemahan yang tidak mahu ditunjukkan. Lalu lahirlah Ego seorang manusia, dan manusia itu adalah aku. Tidak, ego tiu bukan beerti enggan mengaku kalah. Mempertahankan fakta yang dirasakan betul adalah bukan ego. Itu adalah prinsip. Tapi mempertahankan fakta walau telah dibuktikan salah, maka itu bukan aku tapi itu adalah egoku.

Tetapi bagi seorang manusia seperti aku yang sering menjadikan karya ego sebagai gurauan, maka sukarlah kamu untuk membezakan adakah egoku yang berbicara atau gurau sendaku yang melafaz kata.

Kerana semua manusia punya ego, termasuk kamu.

Subuh:

[no.1]

Subuh.
Belum tidur. Tidak dapat tidur.
Bicara. Sepi.
Rasa. Rindu. Melodi tanpa lagu.

[no.2]

Cinta itu rasa dan rasa itu abstrak.
Hitam putih dan kelabu, satu atau pun salah satu.
Mata memandang bahu meikul bulut berkata.
Mengikut apa yang difaham oleh rasa.
Cinta itu rasa dan rasa itu abstrak.

[no.3]

Cinta itu mempercayai dan ingin dipercayai.
Cinta itu memahami dan ingin difahami.
Cinta itu bahagia dan ingin dibahagiakan.
Cinta itu semudah mendengar, memberi tumpuan, berbicara dan menghargai.
Cinta itu adalah hitam dan putih.

[no.4]

Subuh. Belum mengantuk.
Dazed & Confused. Dilamun cinta.
Bakal diulit mimpi.
Kasih. Sayang. Rasa. Ikhlas.
Jujur. Jujur. Jujur.
Azan. Merdu. Mengulit rindu.
Solat.

Tiada Yang Berubah:

Walaupun terpaksa berpisah, namun kita masih sama. Masih bergaduhkan perkara perkara yang tak masuk akal namun indah dan cantik buat yang sedang dilamun cinta. Hakikatnya kita masih dilamun cinta. Satu tahun adalah tempoh yang lama yang singkat untuk jatuh cinta. Kita masih dan sedang jatuh cinta dan aku tidak boleh menafikannya begitu juga kamu.

Tiada yang berubah, namun kerana aku telah berjanji untuk teruskan hidup, maka hidup itu akan aku teruskan juga. Namun aku masih dilamun cinta dan sedang masih jatuh cinta. Hakikat itu tidak mampu aku ubah, buang atau lupa dan kau sendiri tahu betapa mustahilnya ia. Kerana cinta kita terlalu dalam dan terlalu bercahaya. Aku gembira dan aku bahagia.

Walau langkah sudah berbeza, kita masih berbicara dengan satu rasa, satu nada dan satu suara. Ayat ayat mu tetap aku habiskan dan kau juga tetap menjawab sebelum aku bersoal tanya. Kita orang yang sama dan tak ternafi yang kita masih dilamun cinta dan tetap masih jatuh cinta. Didalam hati ku hanya ada cinta, cinta yang sememangnya aku sediakan untuk mu sehingga Tuhan takdirkan sebaliknya. Aku akan redha.

Namun sayang, aku juga tak mampu nafikan yang cinta ini, dan sehari ke sehari semakin kukuh dan bernyawa. Mungkin kerana aku bahagia. Aku bahagia ketika kau disampingku dan aku bahagia kerana mengetahui kau tetap menyintai ku sepenuh jiwa sepenuh rasa sepenuh raga. Dan dengan cinta itu aku akan terus berjuang dan berdoa agar Tuhan memberi izin untuk aku menikmati bahagia itu semula. Aku mahu bahagiakan dirimu kerana bahagia dirimu akan membuatku bahagia. Roda yang aneh, aku tahu dan aku tak perlu pengertianmu.

Sayang, bersabarlah. Walau segelap mana hari hari kita, walau sekelam mana hari hari muka, ketahuilah bahawa doa doa itu bukan darimu sahaja, kerana aku juga berdoa bersama. Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa bersama.

Love of a Lifetime:

I guess the time was right for us to say
We'd take our time and live our lives
Together day by day
We'll make a wish and send it on a prayer
We know our dreams will all come true
With love that we can share

With you I never wonder--will you be there for me
With you I never wonder--you're the right one for me

I finally found the love of a lifetime
A love to last my whole life through
I finally found the love of a lifetime
Forever in my heart
I finally found the love of a lifetime

With every kiss, our love is like brand new
And every star up in the sky
Was made for me and you
Still we both know that the road is long
We know that we will be together
Because our love is strong

I finally found the love of a lifetime
A love to last my whole life through
I finally found the love of a lifetime
Forever in my heart
I finally found the love of a lifetime

Firehouse - Love of a Lifetime
(It is so weird to see how the lyric exactly resembled us, our story. Verse by verse.)

Bersabar:

Ael, Iman dan Arif. Bersabarlah, jika ada keizinan dari Yang Memiliki kita, pasti semua akan kembali sempurna. Bersabarlah dan teruskan berdoa.

Insya Allah.

Manusia merancang, Allah juga merancang, ketahuilah Allah jualah sebaik baik perancang.

Mungkin:

Sayang, tidak pernah ada jemu untuk aku mendoakan kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu ada pada mu sebagaimana yang pernah kita kongsi selama ini. Tuhan itu maha melihat dan hanya Dia yang mengerti kerana Dia yang mengizinkan semua ini.


Walaupun kau tidak lagi bersama disisiku seperti selalu, ketahuilah sayang, tidak pernah ada jemu untuk aku mendoakan agar kita disatukan semula seperti dahulu. Dan doa-doa itu tidak akan ku henti sehingga nafas ini terhenti dengan sendiri kerana yang kucari telahpun kujumpa dan Dia Maha melihat dan lebih mengerti.


Aku tidak akan jemu dan aku pinta kau juga tidak akan pernah berputus asa. Insya Allah, mungkin...

Gelisah:

Hari hari berbunga bunga dengan warna warni cinta kini sudah tiada lagi berganti dengan gelapnya suci malam malam yang tidak punya tepi dan siang siang yang tidak punya seni.

Rinduku pada menyapa detik detik sewaktu kita masih bersama terbang bemain main diruang minda bagai mergestua dirimba rimba jiwa.

Kekuatan? Sayang, aku tidak punya kekuatan kerana dikala kau mengharapkan aku untuk melakukannya, ketahuilah bahawa aku lebih lemah daripada yang engkau sangkakan. Kekuatan itu sudah tidak wujud sejak kau pergi dari hidupku.

Aku rindu. Aku rindu dan aku akan terus rindu.

Post Modernisme Metaforas:

Awak, hari tu abang mimpi abang jadi ketua kampung. Entah macam mana orang kampung tu pilih abang jadi ketua kampung. Pecah rekod sebagai ketua kampung paling muda di Kampung Lundang Paku tu. Pergi solat siap pakai baju melayu sama kain samping. Ingat nak beri ucapan tapi satu orang pun tak beri perhatian. Tak guna betul!

Kalau awak masih ada lagi, mesti awak dah gelak gelak kan abang. Tak guna betul. hehe

Lemas:

I miss you.

Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Benar-benar tak keruan. Aku rindukan dia. Dengan sepenuh hati cinta dan jiwa. Aku benar-benar menyintainya.

Cinta Hati Jiwa:

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Memang benar seperti yang kau pernah bisikkan, kita ditemukan untuk dipisahkan. Namun apa yang mampu kita buat melainkan doa doa yang kita panjatkan untuk mendapatkan keajaiban yang mustahil. Kita bersedia untuk hari ini, sepanjang setahun kita bersedia untuk tarikh ini, namun sakitnya tidak dapat aku tanggung dan aku tahu kau juga merasakan yang sama.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Hati ini sudah kau miliki dan jika ada yang lain, ampun maaf kerana dia terpaksa kutempatkan ditempat yang kedua kerana singgahsana ini sudahpun ada yang bertakhta. Aku tidak akan dapat memiliki namun aku biarkan namamu kuabadi di penjuru yang paling tinggi. Kasih sayangmu itu akan kubawa sehingga aku mati. Melalui tulus cintamu, Tuhan anugerahkan aku dengan tenang dan damai hati.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

setahun yang penuh dengan rasa cinta yang begitu dalam sehinggakan kita tidak mampu memberikannya nama. Ianya bukan cinta, ianya lebih agung dari cinta, ianya terlalu sempurna dan cinta adalah kata yang tidak layak untuknya. Apalah yang telah aku lakukan sehingga Tuhan memberikan aku perasaan yang istimewa, walaupun dalamnya sedalam jurang langit yang tidak punya hujungnya, namun aku tidak alpa dan buta. Kau juga begitu kerana kita adalah orang yang sama.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Cinta hati dan jiwa, biarkan ianya berbunga walau taman itu bukan ditakdirkan untuk kita.

Tiada Lagi:

Tiada lagi suara yang memarahiku agar aku jangan tidur lewat.

Tiada lagi suara yang sentiasa rindukan aku untuk menemaninya bila pulang kerja.

Tiada lagi suara yang membantah bila kukata Will Ferell adalah bagus.

Tiada lagi suara yang bercerita tentang roti atau salad yang dimakannya.

Tiada lagi suara manja yang buatku girang setiap kali bersama ditempat awam.

Tiada lagi suara gelak tawa bercerita kisah kisah lama.

Tiada lagi suara yang bertanya pukul berapa aku mahu bangun.

Tiada lagi suara yang mengejutku bangun dengan gelak ketawanya.

Tiada lagi suara yang mengejek ku bila aku kata aku pekerja yang rajin.

Tiada lagi suara yang memarahiku kerana aku tidak mahu sarapan.

Tiada lagi suara bertanya khabar dan apa yang aku makan.

Tiada lagi suara yang selalu merajuk kerana usikan usikan nakalku.

Tiada lagi suara yang marah setiap kali aku licik.

Tiada lagi suara gelak ketawa dengan kisah kisah hidupku.

Tiada lagi suara yang sudi mendengar apa yang aku mahu cerita.

Tiada lagi suara pergaduhan siapa lebih sayang siapa.

Tiada lagi suara yang sering memberiku semangat dikala aku keseorangan.

Tiada lagi suara yang sentiasa buat aku senyum.

Tiada lagi suara yang petah berkata bila bicara tentang politik.

Tiada lagi suara yang sentiasa mahu mendengarku menyanyi.

Tiada lagi suara yang gembira bila berkongsi cerita agama.

Tiada lagi suara yang marahkan aku bila aku batuk.
Tiada lagi suara yang terkejut setiap kali aku sudahkan ayat ayatnya.

Tiada lagi suara dia yang memanggil aku abang.

Oh Tuhan. Baru sehari dan aku sudah merinduinya begini, bagaimana mampu aku teruskan dengan sisa sisa hidupku tanpa dia. Tidak pernah aku lupa untuk berdoa agar kami di satukan dan juga tidak pernah lupa untuk kudoa agar diberi kekuatan sekiranya ianya tidak diizinkan. Hari itu adalah hari ini dan betapa sakitnya belikatku menanggung beban. Aku cintakan dia.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com